Assalamualaikum...
Nak cerita pengalaman sendiri, berkat selalu menunaikan solat Dhuha. Memang murah rezeki yang engkau kurniakan Ya Rabbi.
Habis raya Cina, duit pun kering. Dengan keadaan ekonomi kami suami isteri yg diduga ditakdirkan hanya papa jer yg bekerja pada ketika itu. Mama pula kehilangan kerja.
Tapi kita sabar juga teruskan hidup tanpa memikirkan sangat masalah yg menimpa hanya memanjatkan doa sebanyak yang mampu. Hanya pada Allah tempat meminta.
Hinggalah pada satu hari, kita suami isteri tiada langsung duit untuk beli barang dapur, semua barang habis. Masak jer apa yang ada. Papa pun makan jer tanpa bising2 dan tak tanya apa-apa pun. Itulah hari yang mama rasa bersyukur sebab tiada sedikit pun complaints dari mulut papa. Walaupun memang masakan tu semuanya serba tak cukup bahannya. Nak makan dengan kicap pun kicap dah habis. Alhamdulillah.
Pagi esoknya, mama beranikan diri minta duit belanja dekat papa, walaupun seakan tahu jawapannya. Mama bukan nak menyusahkan papa lagi. Tapi mama nak masak paling kurang bila papa balik kerja penat-penat, bila lapar ada makanan. Tepat sangkaan mama, pagi tu papa bagi tau yang duit papa pun cukup2 tinggal untuk isi minyak pada hari itu. Xpelah, ma hantar papa ke muka pintu. Dari saat papa keluar rumah hingga hilang di pandangan mata mama, mama doa kepada Allah, Ya Allah, murahkan rezeki kami suami isteri. Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir. Ya Allah selamatkan suamiku pergi dan baliknya Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir. Ya Allah permudahkan urusan suamiku pada hari ini Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan seterusnya. Begitulah setiap hari rutin mama.
pagi tu lepas papa pegi keje ma teruskan rutin harian suri rumah sepenuh masa. Dalam pukul 10 pagi mama solat Dhuha dan mengadu lagi pada Allah. Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir. Murahkan rezeki kami suami isteri. Itu sahaja yang mama ulang2 kan doa. Selesai sahaja mama berdoa, telefon pun berbunyi. Rupanya dari Uda, telefon nak mintak nombor Akaun bank mama n papa. Mama rasa lega, pada fikiran mama mungkin uda nak bagi duit belanja sedikit barang RM100. Mama dah plan nak masak yang sedap sedikit untuk papa haritu. Dalam tengahhari uda mesej bagitau dah bank in ke Akaun mama sebanyak RM 800. Dan esoknya uda bank in juga untuk papa RM 900 pula. Ya Allah, rasa semacam tak percaya rezeki ini semudah itu. Terima Kasih Ya Rabbi.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment